Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026

Seksyen 15

Bon atau cagaran kewangan lain

Jika vesel ditahan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini, pemunya atau nakhoda sesuatu vesel itu boleh melaksanakan bon atau memberikan bentuk cagaran kewangan lain bersama dengan seorang atau lebih penjamin yang bermastautin di Malaysia, bersyarat dalam suatu jumlah yang tidak melebihi satu juta ringgit sebagai jaminan untuk melepaskan vesel.

Kos memegang vesel, dsb., dalam jagaan 16.

(1)

Jika mana-mana vesel dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini, kos memegang vesel dalam jagaan Kerajaan hendaklah dianggap sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan dan boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah.

(2)

Mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel hendaklah memastikan bahawa vesel, semasa dalam jagaan Kerajaan, mempunyai bilangan personel yang

P.U. (A) 233 18

mencukupi atas vesel untuk bertindak balas dengan secukupnya dalam apa-apa keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan vesel, personel dan alam sekitar laut.

(3)

Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerosakan kepada vesel yang dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

Dibuat 10 Jun 2026

[MKN 6(R) 600-7/1; PN(PU2)428]

Dengan Titah Perintah

TAN SRI SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR

Setiausaha Jemaah Menteri

P.U. (A) 233 19

EXCLUSIVE ECONOMIC ZONE ACT 1984

____________________________

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026