Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bendera negara” berhubung dengan sesuatu vesel, ertinya Negara yang vesel itu didaftarkan dan dilesenkan di bawah undang-undang Negara itu dan Negara yang benderanya berhak dikibar oleh vesel;

“ejen” ertinya seorang wakil yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemunya sesuatu vesel untuk menguruskan keperluan penjalanan dan pentadbiran vesel itu;

“fitur” ertinya apa-apa flora, fauna, habitat atau fitur lain yang boleh menjadi fitur yang dilindungi;

“fitur yang dilindungi” berhubung dengan kawasan sensitif laut, ertinya—

(a)

flora, fauna atau habitat;

P.U. (A) 233 5

(b)

struktur laut; atau

(c)

mana-mana tapak yang terdiri daripada tinggalan mana-mana vesel, pesawat udara, pepasangan dan struktur yang mempunyai kepentingan sejarah atau arkeologi;

“kawasan sensitif laut” ertinya kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif laut di bawah peraturan 3;

“lepas” berhubung dengan sesuatu vesel, ertinya sesuatu vesel yang tidak berlabuh, yang tidak ditambat ke pantai atau yang tidak terkandas;

“operasi mengisi bunker” ertinya pemindahan minyak di antara vesel bagi penggunaan enjin vesel yang menerima minyak itu;

“pelan operasi vesel ke vesel” ertinya suatu dokumen yang mengandungi maklumat mengenai operasi pemindahan kargo sebagaimana yang diluluskan oleh kerajaan bendera Negara;

“pemindahan kargo” ertinya pemindahan minyak, gas cecair, bahan kimia pukal cecair atau keluaran-keluaran petroleum di antara dua vesel yang diangkut melalui salah satu atau kedua-dua vesel yang berlabuh atau lepas, tetapi tidak termasuk operasi mengisi bunker;

“struktur laut” termasuklah kabel bawah tanah, talian paip, pulau-pulau buatan, perhentian luar pantai, pepasangan, struktur atau alat di laut.

P.U. (A) 233 6

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026