Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Kerajaan hendaklah mengeluarkan notis secara bertulis menetapkan mana-mana kawasan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua sebagai kawasan sensitif laut bagi maksud yang berikut:
(a)
bagi perlindungan, pemeliharaan, pemuliharaan atau keselamatan fitur yang dilindungi;
(b)
bagi pencegahan, pengurangan dan kawalan pencemaran daripada struktur laut;
(c)
bagi perlindungan apa-apa pepasangan dan struktur bagi pengeksploitasian ekonomi dan penjelajahan zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua;
(d)
bagi perlindungan garis pantai Malaysia atau apa-apa bahagian atau unsur alam sekitar atau kepentingan yang berkaitan, daripada pencemaran atau ancaman pencemaran berikutan daripada bencana laut atau perbuatan yang berhubungan dengan bencana laut itu yang boleh dijangkakan dengan munasabahnya berlaku akibat merbahaya yang besar; dan
(e)
bagi pemulihan keadaan mana-mana kawasan akibat daripada pencemaran laut.
(2)
Notis yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut—
(a)
perihalan sempadan kawasan sensitif laut yang terlibat;
P.U. (A) 233 7
(b)
tujuan bagi penetapan kawasan sensitif laut;
(c)
langkah-langkah bagi perlindungan kawasan sensitif laut; dan
(d)
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan.
(3)
Kerajaan boleh, pada bila-bila masa, mengeluarkan suatu notis secara bertulis untuk menggantung, membatalkan atau mengubah notis yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1).
(4)
Notis yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) dan (3) hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan perlu oleh Kerajaan bagi memberitahu mana-mana orang yang berkemungkinan akan terjejas oleh pembuatan notis itu.
Notis interim