Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Walau apa pun peraturan 3, Kerajaan boleh mengeluarkan suatu notis interim secara bertulis bagi maksud melindungi mana-mana fitur dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua, jika Kerajaan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat keperluan mendesak untuk melindungi fitur itu.
(2)
Notis interim yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut—
(a)
perihalan sempadan kawasan yang terlibat;
(b)
fitur;
(c)
langkah-langkah bagi perlindungan fitur itu; dan
(d)
tempoh yang notis interim itu hendaklah berkuat kuasa.
P.U. (A) 233 8
(3)
Notis interim di bawah subperaturan (1) hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan perlu oleh Kerajaan bagi memberitahu mana-mana orang yang berkemungkinan akan terjejas oleh pembuatan notis interim itu.
(4)
Notis interim yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas tempoh yang dinyatakan dalam notis interim itu.
Langkah-langkah bagi perlindungan kawasan sensitif laut dan perlindungan fitur