Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026

Seksyen 5

(1)

Kerajaan hendaklah menyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah peraturan 3, langkah-langkah yang berikut bagi perlindungan kawasan sensitif laut untuk dipatuhi oleh pemunya, nakhoda atau ejen sesuatu vesel:

(a)

penentuan laluan layar atau alur laut bagi vesel;

(b)

larangan atau sekatan kemasukan, apa-apa pergerakan atau aktiviti lain oleh vesel dalam kawasan sensitif laut;

(c)

larangan atau sekatan penggunaan vesel bagi perihalan yang dinyatakan dalam kawasan sensitif laut;

(d)

pengawalseliaan kelajuan yang mana-mana vesel boleh berlayar dalam kawasan sensitif laut bagi maksud mencegah apa-apa kesan buruk mengenai tujuan kawasan sensitif laut itu;

(e)

larangan atau sekatan pembunuhan, pengambilan, kemusnahan atau gangguan flora dan fauna dalam apa-apa perihalan dalam kawasan sensitif laut;

(f)

larangan atau sekatan apa-apa aktiviti yang berkemungkinan menyebabkan kerosakan pada dasar laut atau fitur yang dilindungi dalam kawasan sensitif laut;

P.U. (A) 233 9

(g)

larangan atau sekatan pengeksploitasian sumber perikanan dalam tempoh yang dinyatakan dan apa-apa cara untuk mengeksploit sumber perikanan; atau

(h)

apa-apa langkah-langkah lain yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Kerajaan.

(2)

Kerajaan hendaklah menyatakan dalam notis interim yang dikeluarkan di bawah peraturan 4, langkah-langkah bagi perlindungan fitur sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan yang perlu dipatuhi oleh pemunya, nakhoda atau ejen vesel.

(3)

Mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.

(4)

Kerajaan, dalam menjalankan kuasa di bawah peraturan ini hendaklah mengambil kira hak dan kewajipan semua Negara, termasuk kebebasan navigasi oleh vesel asing dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua.

(5)

Walau apa pun subperaturan (4), penjalanan kebebasan navigasi oleh vesel asing dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua tidak menjejaskan hak kedaulatan dalam, dan bidang kuasa Malaysia ke atas zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua.

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026