Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026

Seksyen 6

(1)

Jika pegawai berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kemudaratan yang serius kepada alam sekitar laut sedang berlaku atau berkemungkinan akan berlaku dalam mana-mana kawasan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua berikutan daripada apa-apa aktiviti perkapalan,

P.U. (A) 233 10

pegawai berkuasa boleh, secara bertulis atau melalui komunikasi radio, mengarahkan pemunya, nakhoda atau ejen vesel itu untuk mengambil apa-apa langkah-langkah mengikut amalan perkapalan selamat untuk mencegah atau mengurangkan kesan kemudaratan itu kepada alam sekitar laut.

(2)

Mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel yang tidak mematuhi arahan pegawai berkuasa di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026