Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026

Seksyen 7

Pemindahan kargo

(1)

Tiada pemindahan kargo dibenarkan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua melainkan jika kebenaran secara bertulis diperoleh daripada Kerajaan.

(2)

Subperaturan (1) tidak terpakai bagi pemindahan kargo—

(a)

ke atau dari kapal perang atau vesel tentera laut bantuan;

(b)

ke atau dari mana-mana vesel lain yang dimiliki, dikendalikan atau dilesenkan untuk menjalankan aktiviti yang diberi kuasa oleh Kerajaan di bawah Akta atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai;

(c)

ke atau dari mana-mana vesel lain yang dimiliki atau dikendalikan oleh

Kerajaan dan digunakan semata-mata, pada masa itu, bagi perkhidmatan bukan komersial kerajaan; dan

(d)

bagi maksud menjaga keselamatan vesel, menyelamatkan nyawa di laut atau memerangi pencemaran laut.

(3)

Mana-mana orang hendaklah membuat permohonan kepada Kerajaan bagi memperoleh kebenaran secara bertulis bagi pemindahan kargo dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua dalam masa tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum pemindahan kargo yang telah dirancang.

P.U. (A) 233 11

(4)

Permohonan di bawah subperaturan (3) hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut—

(a)

suatu salinan pelan operasi vesel ke vesel;

(b)

suatu penyataan alam sekitar yang mengandungi maklumat mengenai potensi kesan kepada alam sekitar, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, kepada alam sekitar akibat daripada cadangan pemindahan kargo dan langkah-langkah pencegahan pencemaran yang perlu dijalankan; dan

(c)

maklumat dan dokumen berhubung dengan—

(i)

nama, bendera, pengenal, nombor

Pertubuhan

Maritim

Antarabangsa dan anggaran masa ketibaan vesel yang akan terlibat dalam pemindahan kargo;

(ii)

tarikh, masa dan lokasi operasi pemindahan kargo yang telah dirancang;

(iii)

jenis dan cara pemindahan kargo yang akan dijalankan dan sama ada pemindahan kargo akan dijalankan semasa berlabuh atau lepas;

(iv)

perihalan pemindahan kargo termasuk jenis bahan yang akan dipindahkan, kuantiti, kekerapan pemindahan dan tempoh pemindahan kargo;

(v)

langkah-langkah keselamatan yang perlu dijalankan bagi pemindahan kargo; dan

(vi)

apa-apa maklumat lanjut yang difikirkan perlu oleh Kerajaan bagi mempertimbangkan permohonan pemindahan kargo itu.

P.U. (A) 233 12

(5)

Kerajaan boleh mengeluarkan kebenaran bagi pemindahan kargo itu jika

Kerajaan berpuas hati bahawa—

(a)

pemohon telah memenuhi kehendak dalam subperaturan (3); dan

(b)

operasi pemindahan kargo itu selaras dengan peraturan-peraturan dan standard bagi pemindahan kargo di bawah Pertubuhan Maritim

Antarabangsa.

(6)

Walau apa pun kebenaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan di bawah subperaturan (5), pemunya, nakhoda atau ejen vesel hendaklah berkewajipan untuk memberi kepada Kerajaan apa-apa maklumat yang disemak yang berhubungan dengan pemindahan kargo sehingga pemindahan kargo itu selesai.

(7)

Kerajaan boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat mengenai kebenaran yang diberikan dan pemunya, nakhoda atau ejen vesel hendaklah mematuhi terma dan syarat itu.

(8)

Mana-mana orang yang—

(a)

dengan sengaja memberi apa-apa maklumat palsu kepada Kerajaan berhubung dengan permohonan di bawah subperaturan (3);

(b)

dengan sengaja membuat apa-apa representasi palsu bagi maksud memperoleh kebenaran daripada Kerajaan di bawah peraturan ini;

(c)

tidak memastikan bahawa pelan operasi vesel ke vesel berada atas vesel;

atau

(d)

tidak memastikan bahawa pemindahan kargo dijalankan dengan mematuhi pelan operasi vesel ke vesel, melakukan suatu kesalahan.

P.U. (A) 233 13

Larangan operasi mengisi bunker

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN ZON EKONOMI EKSKLUSIF 2026