Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Tiada operasi mengisi bunker dibenarkan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua.
(2)
Subperaturan (1) tidak terpakai bagi operasi mengisi bunker—
(a)
antara vesel dan bot penyelamat vesel itu;
(b)
ke atau dari kapal perang atau vesel tentera laut bantuan;
(c)
ke atau dari mana-mana vesel lain yang dimiliki, dikendalikan atau dilesenkan untuk menjalankan aktiviti yang diberi kuasa oleh Kerajaan di bawah Akta atau undang-undang bertulis yang terpakai; dan
(d)
ke atau dari mana-mana vesel yang dimiliki atau dikendalikan oleh
Kerajaan dan digunakan semata-mata, pada masa itu, bagi perkhidmatan bukan komersial kerajaan.
(3)
Walau apa pun subperaturan (1), seorang pemunya, nakhoda dan ejen vesel tidaklah melakukan kesalahan di bawah subperaturan (1) jika operasi mengisi bunker itu adalah perlu dan perbuatan yang munasabah dikehendaki untuk diambil oleh pemunya, nakhoda dan ejen vesel bagi maksud yang berikut:
(a)
bagi suatu operasi mencari dan menyelamat; dan
(b)
bagi memerangi insiden pencemaran tertentu.
(4)
Mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.
P.U. (A) 233 14
Melaporkan kejadian