Skip to content

Seksyen 9

Melaporkan kejadian

of Peraturan-Peraturan Zon Ekonomi Eksklusif 2026

P.U. (A)In forceProvision 9 of 22
Seksyen 9

(1)

Jika suatu vesel terjejas oleh kebakaran, letupan, pelanggaran, kandas atau apa-apa kecemasan lain yang menyebabkan atau yang boleh menyebabkan ancaman kepada alam sekitar laut dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua, mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel hendaklah, tidak lebih dari enam jam, melaporkan kejadian itu kepada Kerajaan melalui apa-apa saluran komunikasi.

(2)

Mana-mana pemunya, nakhoda atau ejen vesel yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.