Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH BINATANG (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan di bawah perenggan 4

disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia boleh membayar kompaun itu—

(a)

secara tunai dan diserahkan sendiri ke Jabatan Perkhidmatan

Veterinar atau mana-mana cawangan yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah;

(b)

melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima

Sahaja” yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah atau Pengarah

Negeri; atau

(c)

melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik.

(2)

Jika pembayaran dibuat mengikut subsubperenggan (1)(b), kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar bayar dahulu ke alamat yang dinyatakan dalam tawaran untuk mengkompaun kesalahan.

(3)

Suatu resit rasmi hendaklah dikeluarkan bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperenggan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

(4)

Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subperenggan (3) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam subsubperenggan (1)(c).

P.U. (A) 286 4