Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PENGECUALIAN) 2013
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“Insentif Global bagi Perdagangan” ertinya program insentif bagi Syarikat
Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan untuk menggunakan Malaysia sebagai pangkalan perdagangan antarabangsa bagi menjalankan aktiviti yang layak;
(a)
diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441];
(b)
dilesenkan di bawah seksyen 92 Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
(c)
mengekalkan pejabat berdaftar di Labuan tetapi dibenarkan menjalankan pejabat urusannya di mana-mana dalam Malaysia; dan
P.U. (A) 99 3
(d)
menjalankan aktiviti yang layak di bawah program Insentif Global bagi
Perdagangan;
“aktiviti yang layak” ertinya perdagangan dalam instrumen fizikal dan terbitan yang berkaitan bagi gas asli cecair dalam matawang selain Ringgit.
Pengecualian