Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PENGECUALIAN) 2013
Seksyen 4
(1)
Jika Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan menjalankan aktiviti yang layak yang disebut dalam perenggan 2, dan apa-apa aktiviti atau perniagaan lain, setiap daripada aktiviti atau perniagaan itu hendaklah dianggap sebagai suatu punca aktiviti atau perniagaan yang berasingan dan berlainan.
(2)
Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan yang dikecualikan di bawah perenggan 3, hendaklah menyenggara akaun berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).
Dibuat 13 Mac 2013
[Perb.(C)0.217(SJ.21)JLD.8(SK.5); LHDN 01/35/(S)/42/51/231-12; PN(PU2)491]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 26(2) Akta Cukai Aktiviti
Perniagaan Labuan 1990]
P.U. (A) 99 4
LABUAN BUSINESS ACTIVITY TAX ACT 1990
LABUAN BUSINESS ACTIVITY TAX (EXEMPTION) ORDER 2013