Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pengecualian) (No. 2) 2013
“Insentif
Global bagi
Perdagangan”
ertinya program insentif bagi
Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan untuk menggunakan Malaysia sebagai pangkalan perdagangan antarabangsa bagi menjalankan aktiviti yang layak;
“Syarikat Perdagangan Komoditi Antarabangsa Labuan” ertinya syarikat Labuan yang—
(a)
diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441];
(b)
dilesenkan didaftarkan di bawah seksyen 92 Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
(c)
mengekalkan pejabat berdaftar di Labuan tetapi dibenarkan menjalankan pejabat urusannya di mana-mana dalam Malaysia; dan
P.U. (A) 100 3
(d)
menjalankan aktiviti yang layak di bawah program Insentif Global bagi
Perdagangan;
“aktiviti yang layak” ertinya perdagangan dalam instrumen fizikal dan terbitan yang berkaitan bagi—
(a)
produk petroleum dan berkaitan petroleum termasuk cecair gas asli;
(b)
galian;
(c)
produk pertanian;
(d)
bahan mentah yang ditapis;
(e)
bahan kimia; dan
(f)
galian asas, dalam mata wang selain Ringgit.