Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) 2014

Seksyen 2

(1)

Dalam Perintah ini—

“kapal” termasuklah tiap-tiap perihalan vesel yang digunakan dalam navigasi yang tidak digerakkan oleh dayung sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan

Perkapalan Saudagar 1952 termasuk apa-apa vesel yang dimiliki atau dikendalikan oleh kerajaan suatu negara asing tetapi tidak termasuk apa-apa vesel yang direka bentuk atau disesuaikan bagi rekreasi, keseronokan atau selain pengangkutan tambang muatan atau pengangkutan penumpang.

“pembekal telekomunikasi” ertinya seseorang yang aktiviti utamanya adalah pembekalan perkhidmatan telekomunikasi.

“perkhidmatan telekomunikasi” ertinya pemancaran, pancaran atau penerimaan, dan pemindahan atau penyerahhakan hak untuk menggunakan kapasiti bagi pemancaran, pancaran atau penerimaan isyarat, tulisan, imej, bunyi atau apa-apa jenis maklumat dengan kabel wayar, radio, sistem optik atau elektromagnet lain, atau dengan suatu sistem teknikal yang serupa.

P.U. (A) 272 3

“pesawat udara” termasuklah apa-apa pesawat udara yang dimiliki atau dikendalikan oleh kerajaan suatu negara asing yang tidak digunakan atau tidak bertujuan untuk digunakan bagi rekreasi atau keseronokan.

(2)

Bagi maksud Perintah ini, seseorang hendaklah dikira tempatnya di sesuatu negara jika—

(a)

dia mempunyai tempat tinggal biasanya di negara itu jika pembekalan dibuat kepadanya sebagai seorang individu dan diterima olehnya selain bagi maksud apa-apa perniagaan yang dijalankan olehnya; dan

(b)

dalam hal jika perenggan (a) tidak terpakai—

(i)

dia mempunyai suatu establismen perniagaan atau establismen tetap di negara itu dan tiada establismen sedemikian di tempat lain;

(ii)

dia tidak mempunyai establismen perniagaan atau establismen tetap di mana-mana negara tetapi tempat tinggal biasanya ialah di negara itu; atau

(iii)

dia mempunyai establismen perniagaan atau establismen tetap di kedua-dua negara itu dan di tempat lain dan establismennya yang paling berkaitan secara langsung dengan pembekalan itu ialah di negara itu.

(3)

Bagi maksud subperenggan (2), suatu establismen tetap dalam mana-mana negara termasuklah suatu cawangan atau agensi yang melaluinya seseorang menjalankan perniagaan dalam negara itu.

P.U. (A) 272 4

Pembekalan berkadar sifar

Section 2 — PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN BERKADAR SIFAR) 2014