Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN DIKECUALIKAN) (PINDAAN) 2015

Seksyen 2

Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014

[P. U. (A) 271/2014] dipinda dalam Jadual Kedua—

(a)

dalam subbutiran 14(b), dengan memasukkan selepas perkataan “Akta

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]” perkataan “, atau latihan kemahiran yang diberikan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]”;

(b)

dengan menggantikan subbutiran 16(c)(iv) dengan subbutiran yang berikut:

“(iv)

pendidikan tinggi yang dibuat mengikut kursus pengajian sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996, Akta

Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Universiti Teknologi MARA

1976, Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996, yang diakreditasi oleh

Agensi Kelayakan Malaysia, atau latihan kemahiran yang diberikan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang

3

diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan

Kemahiran Kebangsaan 2006;”;

(c)

dengan menggantikan butiran 20 dengan butiran yang berikut:

“20.

Pembekalan perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan oleh badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan kepada pemilik suatu bangunan untuk tujuan kediaman yang dipegang di bawah hakmilik strata.”;

(d)

dengan memotong subbutiran 21(c); dan

(e)

dengan memotong butiran 25.

Dibuat 27 Mac 2015

[SULIT.

KE.

HF(152)860/01

2(19);

Perb.

R0.3865/356/1

JLD.16

(SK.3);

PN(PU2)721/V]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 18(3) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014]

4

GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014

GOODS AND SERVICES TAX (EXEMPT SUPPLY) (AMENDMENT) ORDER 2015

Section 2 — PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PEMBEKALAN DIKECUALIKAN) (PINDAAN) 2015