Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Cukai hendaklah dikenakan pada kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen 10 (1) Akta—
(a)
ke atas pembekalan petrol, diesel dan gas petroleum cecair dalam atau di antara kawasan ditetapkan atau pengimportan barang itu ke dalam kawasan ditetapkan;
(b)
ke atas perkhidmatan pengangkutan yang dibekalkan di antara kawasan ditetapkan;
(c)
ke atas perkhidmatan telekomunikasi yang dibekalkan dalam atau di antara kawasan ditetapkan;
(d)
ke atas pengimportan simen, marmar atau getah ke dalam Langkawi; dan
(e)
ke atas pembekalan kenderaan bermotor ke atau dalam, atau pengimportan kenderaan bermotor ke dalam, Tioman.
P.U. (A) 187 3
Dibuat 30 Jun 2014
[SULIT KE.HT (96) 669/44(1); Perb. R.0.3865/365/1 Jld.15 (SK.1); PN(PU2)721]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 160(2) Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014]
P.U. (A) 187 4
GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014
GOODS AND SERVICES TAX (IMPOSITION OF TAX FOR SUPPLIES IN RESPECT OF
DESIGNATED AREAS) ORDER 2014