Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI) 2018

Seksyen 2

(1)

Kadar cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan hendaklah ditetapkan pada sepuluh peratus ke atas semua barang kecuali—

(a)

barang yang termasuk dalam mana-mana perintah pengecualian yang dibuat di bawah seksyen 35 Akta Cukai Jualan 2018; dan

(b)

barang yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan barang itu bukan bagi kegunaan perdagangan, tidak termasuk kenderaan bermotor, minuman keras, spirit, tembakau, rokok, tayar dan tiub.

(2)

Walau apa pun subperenggan 2(1), cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan ke atas barang yang terdapat—

(a)

dalam Jadual Pertama hendaklah ditetapkan pada kadar lima peratus; dan

(b)

dalam Jadual Kedua hendaklah ditetapkan pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua.

P. U. (A) 221 3

SALES TAX ACT 2018

SALES TAX (RATES OF TAX ) ORDER 2018