Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI JUALAN) 2025

Seksyen 2

(1)

Kadar cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan ditetapkan pada sepuluh peratus atas semua barang bercukai kecuali—

(a)

barang bercukai yang termasuk dalam mana-mana perintah pengecualian yang dibuat di bawah seksyen 35 Akta; dan

(b)

barang bercukai yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia termasuk dalam bagasi orang itu dan barang bercukai itu bukan bagi kegunaan perdagangan.

(2)

Barang bercukai yang disebut dalam subsubperenggan

(1)

(b)

tidak termasuk barang bercukai yang berikut:

(a)

kenderaan motor;

(b)

minuman keras;

(c)

spirit;

(d)

rokok;

P.U. (A) 170 3

(e)

produk tembakau;

(f)

paip tembakau, termasuk kepala paip;

(g)

rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;

(h)

sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, sama ada atau tidak mengandungi nikotin;

(i)

tayar; dan

(j)

tiub tayar.

(3)

Walau apa pun subperenggan (1), kadar cukai jualan yang hendak dikenakan dan dilevikan atas barang bercukai yang dinyatakan—

(a)

dalam Jadual Pertama ditetapkan pada kadar lima peratus; dan

(b)

dalam Jadual Kedua ditetapkan pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (4).

Kecualian

Section 2 — PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI JUALAN) 2025