Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI JUALAN) 2025

Seksyen 3

(1)

Jika terdapat perubahan dalam kadar cukai jualan atas mana-mana barang bercukai pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini—

(a)

kadar cukai jualan yang terpakai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, dikenakan atas barang bercukai itu jika invois bagi barang bercukai itu telah dikeluarkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini; atau

P.U. (A) 170 4

(b)

kadar cukai jualan yang terpakai pada tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini hendaklah dikenakan atas barang bercukai itu sama ada atau tidak penggunaan atau pelupusan barang bercukai itu telah direkodkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Perintah ini.

(2)

Tiada cukai jualan boleh, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, dikenakan atas mana-mana barang bercukai jika suatu invois telah dikeluarkan atas barang bercukai itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini.

(3)

Cukai jualan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, dikenakan atas mana-mana barang bercukai jika barang bercukai itu digunakan atau dilupuskan pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini sama ada atau tidak penggunaan atau pelupusan barang bercukai itu direkodkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini.

(4)

Apabila mana-mana orang yang telah dikecualikan di bawah perenggan 35(1)(b) atau 35(3)(a) Akta, atau mana-mana orang yang telah diberikan suatu kelulusan di bawah perenggan 61A(1)(b) Akta bukan lagi merupakan orang yang dikecualikan daripada pembayaran cukai pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, tiada cukai jualan boleh dikenakan atas mana-mana stok barang bercukai yang ada dalam tangan orang itu jika orang itu menjadi pengilang berdaftar pada atau sebelum 30 September 2025.

Pembatalan

Section 3 — PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI JUALAN) 2025