Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI JUALAN) (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai Jualan) 2025 [P.U. (A) 170/2025], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 3—
(a)
dengan menggantikan subperenggan
(2)
dengan subperenggan yang berikut:
“(2)
Apabila mana-mana barang yang telah dikecualikan daripada cukai jualan di bawah perenggan 35(1)(a) Akta bukan lagi merupakan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, tiada cukai jualan boleh dikenakan atas barang yang bukan lagi merupakan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan jika suatu invois telah dikeluarkan atas barang yang bukan lagi merupakan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Perintah ini.”; dan
P.U. (A) 199 3
(b)
dengan menggantikan subperenggan
(3)
dengan subperenggan yang berikut:
“(3)
Apabila mana-mana barang yang telah dikecualikan daripada cukai jualan di bawah perenggan 35(1)(a) Akta bukan lagi merupakan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, cukai jualan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, dikenakan atas mana-mana barang yang bukan lagi merupakan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan jika barang yang bukan lagi merupakan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan itu digunakan atau dilupuskan pada tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini sama ada atau tidak penggunaan atau pelupusan barang yang bukan lagi merupakan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan itu direkodkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini.”.
Pindaan Jadual Pertama