Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI) (PINDAAN) 2023

Seksyen 2

Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2022 [P.U. (A) 176/2022] dipinda dalam subperenggan 2(1) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b)

barang yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan barang itu bukan bagi kegunaan perdagangan, tidak termasuk—

(i)

kenderaan bermotor;

(ii)

minuman keras;

(iii)

spirit;

(iv)

rokok;

(v)

produk tembakau;

(vi)

paip tembakau (termasuk kepala paip);

P.U. (A) 102 3

(vii)

rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa;

(viii)

sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, sama ada mengandungi nikotin atau tidak;

(ix)

tayar; dan

(x)

tiub.”.

Dibuat 29 Mac 2023

[SULITKE.HT(152)899/04; KE.HF(152)899/04 JLD.2(20); PN(PU2)751/VI]

ANWAR BIN IBRAHIM

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 10(3) Akta Cukai Jualan 2018]

P.U. (A) 102 4

SALES TAX ACT 2018

SALES TAX (RATE OF TAX) (AMENDMENT) ORDER 2023

Section 2 — PERINTAH CUKAI JUALAN (KADAR CUKAI) (PINDAAN) 2023