Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGENAAN CUKAI JUALAN BERKENAAN DENGAN KAWASAN DITETAPKAN) (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai Jualan berkenaan dengan Kawasan

Ditetapkan) 2018 [P.U. (A) 206/2018] dipinda dalam perenggan 2—

(a)

dengan memotong perkataan “pengimportan atau pengangkutan”;

(b)

dalam subsubperenggan

(a)

, dengan menggantikan perkataan

“barang-barang yang berikut ke dalam kawasan ditetapkan tidak termasuk

Pulau 1:” dengan perkataan “barang-barang yang diimport atau diangkut ke dalam kawasan ditetapkan tidak termasuk Pulau 1 yang berikut:”;

(c)

dalam subsubperenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan

“ikan bilis” perkataan “yang diimport atau diangkut”;

(d)

dalam subsubperenggan (c)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “kenderaan bermotor”

perkataan “yang diimport atau diangkut”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu;

P.U. (A) 481 3

(e)

dalam subsubperenggan (d)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “barang bercukai”

perkataan “yang diimport atau diangkut”; dan

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung subsubperenggan itu dengan koma bernoktah; dan

(f)

dengan memasukkan selepas subsubperenggan

(d)

subsubperenggan yang berikut:

“(e)

kenderaan motor pasang siap yang diimport ke dalam Labuan atau

Langkawi di bawah kepala 87.03 dan 87.11 Jadual Pertama kepada

Perintah Duti Kastam 2025 [P.U. (A) 384/2025] dengan nilai kos, insurans dan tambang melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan

(f)

kenderaan motor yang dikilangkan di kawasan utama kastam dan diangkut ke dalam Labuan atau Langkawi di bawah kepala 87.03

dan 87.11 Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 2025

dengan harga jualan melebihi tiga ratus ribu ringgit tidak termasuk duti eksais, cukai jualan, fi lesen kenderaan motor dan insurans kenderaan motor.”.

Dibuat 31 Disember 2025

[KE.HF(152)899/04 JLD 3 (34); MOF.700-2/1/16 JLD17(S)(5); PN(PU2)751/JLD.9]

ANWAR BIN IBRAHIM

Menteri Kewangan

P.U. (A) 481 4

SALES TAX ACT 2018

SALES TAX (IMPOSITION OF SALES TAX IN RESPECT OF DESIGNATED AREAS)

(AMENDMENT) ORDER 2025

Section 2 — PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGENAAN CUKAI JUALAN BERKENAAN DENGAN KAWASAN DITETAPKAN) (PINDAAN) 2025