Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2011

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5

Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan apa-apa pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai pada atau selepas 1 Januari 2012 dengan syarat bahawa amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

AXC

B iaitu—

(a)

pelupusan dibuat dalam tempoh dua tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai iaitu—

A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang

P.U. (A) 434 3

dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar sepuluh peratus;

B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan; dan

C ialah amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu; atau

(b)

pelupusan dibuat dalam tahun ketiga, tahun keempat atau tahun kelima selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai iaitu—

A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar lima peratus;

B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan; dan

C ialah amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu.

(2)

Jika pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai itu dibuat dalam tahun keenam selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai atau mana-mana tahun selepas itu, Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5 Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai itu pada atau selepas 1

Januari 2012.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang dikecualikan itu daripada mematuhi apa-apa kehendak

P.U. (A) 434 4

untuk mengemukakan apa-apa penyata atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah mana-mana peruntukan Akta.

Pembatalan 3.

Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) (No. 2) 2009

[P.U. (A) 486/2009] yang disiarkan pada 30 Disember 2009 dibatalkan.

Dibuat 30 Disember 2011

[Perb.CR(8.20)116/1-138 (2012) (SK.1); LHDN.01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)325/IV]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 9(4) Akta Cukai Keuntungan

Harta Tanah 1976]

P.U. (A) 434 5

REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976

REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2011

Section 2 — PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2011