Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2012

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5

Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan apa-apa pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai pada atau selepas 1 Januari 2013 dengan syarat bahawa amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

AXC

B iaitu—

(a)

pelupusan yang dibuat dalam tempoh dua tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai iaitu―

A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar lima belas peratus;

P.U. (A) 415 3

B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan; dan

C ialah amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu; atau

(b)

pelupusan yang dibuat dalam tahun ketiga, tahun keempat atau tahun kelima selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai iaitu―

A ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar sepuluh peratus;

B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan; dan

C ialah amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu.

(2)

Jika pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai itu dibuat dalam tahun keenam selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai atau mana-mana tahun selepas itu, Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian

Section 2 — PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2012