Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2013
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran cukai keuntungan harta tanah atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru bagi pelupusan mana-mana aset yang boleh dikenakan cukai, termasuklah syer dalam syarikat harta tanah, kepada pengurus pemegang amanah bagi pihak amanah perniagaan.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai kepada seseorang yang membuat pelupusan itu kepada pengurus pemegang amanah bagi pihak suatu amanah perniagaan yang⎼
(a)
telah didaftarkan atau diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti menurut
Penggal 3B Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
P.U. (A) 128 3
(b)
telah diluluskan atau diberi kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti menurut Penggal 1A atau Penggal 3A Bahagian VI Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007, pada atau selepas 1 Januari 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2017.
(3)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai hanya kepada pelupusan aset yang dilaksanakan oleh mana-mana orang kepada pengurus pemegang amanah bagi pihak suatu amanah perniagaan berhubung dengan suatu penawaran permulaan amanah perniagaan.
Dibuat 22 Mac 2013
[Perb.CR(8.20)116/1-138(2013)JLD.2(SK.11);LHDN.01/35/(S)/42/51/Klt.19;
PN(PU2)325/IV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 9(4) Akta Cukai Keuntungan
Harta Tanah 1976]
P.U. (A) 128 4
REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976
REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2013