Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2014
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran cukai keuntungan harta tanah ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru bagi pemindahakan mana-mana aset yang boleh dikenakan cukai yang berhubungan dengan penukaran suatu perkongsian konvensional atau suatu syarikat persendirian yang menjadi suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2017.
(2)
Pemindahakan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disifatkan berlaku pada tarikh perkongsian konvensional atau syarikat persendirian itu didaftarkan sebagai perkongsian liabiliti terhad di bawah seksyen 32 Akta Perkongsian
Liabiliti Terhad 2012.
P.U. (A) 229 3
(3)
Orang yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, apabila mengemukakan penyata di bawah Akta, memberikan—
(a)
suatu pengesahan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mengesahkan bahawa pada tarikh pendaftaran perkongsian liabiliti terhad itu, pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu adalah semua pekongsi kepada perkongsian konvensional yang bertukar menjadi perkongsian liabiliti terhad itu atau pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu adalah semua pemegang syer syarikat persendirian yang bertukar menjadi perkongsian liabiliti terhad itu; dan
(b)
suatu senarai aset yang akan dipindah milik kepada perkongsian liabiliti terhad itu.
Dibuat 4 Ogos 2014
[Perb.CR(8.09)681/2-61(SJ.57)(SK.2);LHDN.01/35/(S)/42/51/Klt.19; PN(PU2)325/IV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 9(4) Akta Cukai Keuntungan
Harta Tanah 1976]
P.U. (A) 229 4
REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976
REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2014