Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2015

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (3), Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran cukai berkenaan dengan keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru atas pelupusan mana-mana aset yang boleh dikenakan cukai menurut suatu skim penstrukturan semula bagi orang berlesen atau kumpulan perbadanannya sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan (2).

(2)

Pelupusan yang disebut dalam subperenggan (1) ialah pelupusan yang dibuat menurut—

(a)

suatu skim yang dijalankan oleh penanggung insurans berlesen, selain penanggung insurans semula profesional berlesen, bagi maksud mematuhi subseksyen 16(1)

dan seksyen 276

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758], dan skim itu diluluskan oleh

Bank

Negara

Malaysia di bawah subseksyen 100(6) Akta itu;

P.U. (A) 302 3

(b)

suatu skim yang dijalankan oleh pengendali takaful berlesen, selain pengendali takaful semula profesional berlesen, bagi maksud mematuhi subseksyen 16(1)

dan seksyen 286

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], dan skim itu diluluskan oleh

Bank

Negara

Malaysia di bawah subseksyen 112(6) Akta itu;

(c)

suatu pemerolehan atau pelupusan saham oleh penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen bagi maksud skim yang disebut masing-masing dalam perenggan (a) atau (b);

(d)

suatu proses untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen 10

Akta

Perkhidmatan

Kewangan 2013

atau seksyen 10

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, atau penyerahan balik lesen menurut seksyen 22 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

atau seksyen 19 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, oleh penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen berikutan daripada skim yang disebut masing-masing dalam perenggan (a) atau (b);

(e)

suatu skim pemindahan perniagaan oleh syarikat pemegangan kewangan kepada syarikat yang lain, atau suatu pemerolehan atau pelupusan saham oleh syarikat pemegangan kewangan atau mana-mana syarikat lain dalam kalangan kumpulan kewangannya, bagi maksud mematuhi seksyen 114 Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau seksyen 126 Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013, dan Bank Negara Malaysia telah menyatakan secara bertulis bahawa ia tiada bantahan terhadap skim atau transaksi itu; dan

P.U. (A) 302 4

(f)

suatu pemerolehan atau pelupusan saham, atau penubuhan suatu syarikat, oleh suatu syarikat pemegangan kewangan atau mana-mana syarikat lain dalam kalangan kumpulan kewangannya atau kumpulan perbadanannya—

(i)

berkenaan dengan suatu permohonan di bawah seksyen 110

atau 111

Akta

Perkhidmatan

Kewangan 2013 dan permohonan itu diluluskan oleh Bank

Negara

Malaysia di bawah subseksyen 112(3)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, atau sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 280(2) atau (3)

Akta itu; atau

(ii)

berkenaan dengan suatu permohonan di bawah seksyen 122 atau 123 Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 dan permohonan itu diluluskan oleh Bank

Negara

Malaysia di bawah subseksyen 124(3)

Akta

Perkhidmatan

Kewangan

Islam 2013, atau sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 290(1) Akta itu.

(3)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan (2)—

(a)

yang dibuat pada atau selepas 1 November 2014 tetapi tidak lewat dari 30 Jun 2018; dan

(b)

yang telah diluluskan atau tidak dibantah oleh Bank Negara

Malaysia.

P.U. (A) 302 5

(4)

Permohonan untuk pengecualian di bawah perenggan ini hendaklah terpakai sekiranya borang yang ditetapkan disertakan dengan—

(a)

satu salinan surat kelulusan atau surat tiada bantahan daripada

Bank Negara Malaysia; dan

(b)

suatu akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960

[Akta 13] oleh lembaga pengarah bagi orang berlesen itu atau kumpulan perbadanannya yang mengesahkan bahawa pelupusan itu dibuat semata-mata bagi maksud skim dan transaksi yang disebut dalam subperenggan 2(a)

hingga

(f)

, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Dalam perenggan ini—

“borang yang ditetapkan” ertinya borang yang ditetapkan di bawah seksyen 57 Akta;

“kumpulan kewangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

“kumpulan perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

“orang berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

“penanggung insurans berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

“penanggung insurans semula profesional” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

P.U. (A) 302 6

“pengendali takaful berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

“pengendali takaful semula profesional” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

“syarikat pemegangan kewangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Dibuat 14 Disember 2015

[Perb.

CR(8.20)116/1-138(2014)

Jld.

2

(S.K.

7);

LHDN.01/35(S)/42/23/7;

PN(PU2)325/V]

DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 9(4) Akta Cukai Keuntungan

Harta Tanah 1976]

P.U. (A) 302 7

REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976

REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2015

Section 2 — PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2015