Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2018

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan mana-mana individu yang ialah seorang warganegara daripada pemakaian Jadual 5 Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru berkenaan dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai, selain syer, pada atau selepas 1 Januari 2019.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai bagi individu yang ialah seorang warganegara yang melupuskan aset yang boleh dikenakan cukai, selain syer, dengan syarat bahawa—

(a)

pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai itu dibuat dalam tahun keenam selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai itu atau mana-mana tahun selepas itu; dan

(b)

balasan bagi pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai itu tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00).

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan mana-mana individu yang ialah seorang warganegara itu

P.U. (A) 360 3

daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Dibuat 21 Disember 2018

[Perb. CR(8.20)116/1-138(2019)SK.2; PN(PU2)325/V]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 9(4)

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976]

P.U. (A) 360 4

REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976

REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2018

Section 2 — PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2018