Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2020
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), Menteri mengecualikan mana-mana individu yang ialah seorang warganegara daripada pemakaian Jadual 5
kepada Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru berkenaan dengan pelupusan suatu harta kediaman pada atau selepas 1 Jun 2020
hingga 31 Disember 2021.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai dengan syarat bahawa—
(a)
tidak lebih daripada tiga unit harta kediaman yang dilupuskan yang layak bagi setiap pelupus;
(b)
harta kediaman yang dilupuskan tidak diperoleh dalam tempoh dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021—
(i)
secara suatu pemindahmilikan antara suami dan isteri; atau
P.U. (A) 218 3
(ii)
secara suatu pemberian antara suami dan isteri, ibu atau bapa dan anak, atau datuk atau nenek dan cucu jika pemberi ialah seorang warganegara; dan
(c)
perjanjian jual beli bagi pelupusan harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2022 atau jika tiada perjanjian jual beli, surat cara pindah milik bagi pelupusan harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2022.
(3)
Bagi maksud subperenggan (1), jika pelupusan harta kediaman melebihi tiga unit, pelupus boleh memilih mana-mana tiga daripada pelupusan harta kediaman tersebut untuk dikecualikan dan pilihan yang dibuat tidak boleh ditarik balik.
Kontrak bersyarat