Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2020
Seksyen 4
Jika suatu kontrak bagi pelupusan suatu harta kediaman adalah suatu kontrak bersyarat yang memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri, pengecualian yang disebut dalam subperenggan 3(1) hendaklah hanya terpakai jika—
(a)
kontrak bagi pelupusan harta kediaman itu disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2022; dan
(b)
kelulusan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang berkenaan bagi pelupusan harta kediaman itu diperoleh pada atau selepas 1 Jun 2020.
P.U. (A) 218 4
Kehendak untuk mengemukakan penyata dan maklumat hendaklah dipatuhi