Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2013
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran cukai keuntungan harta tanah berkenaan dengan keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru atas pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai berhubung dengan Sukuk Kijang.
(2)
Bagi maksud Perintah ini, “Sukuk Kijang” ertinya sekuriti Islam yang mempunyai nilai nominal sehingga dua ratus lima puluh juta dolar Amerika Syarikat
(USD250,000,000) yang diterbitkan atau akan diterbitkan menurut prinsip Shariah
Ijarah oleh BNM Kijang Berhad.
Dibuat 22 Julai 2013
[Perb. CR(8.09)248/39/7-217JLD.11(SK.1); PN(PU2)325/IV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 9(4) Akta Cukai Keuntungan
Harta Tanah 1976]
P.U. (A) 236 3
REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976
REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2013