Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2018

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan syarikat berstatus IDR, yang merupakan syarikat berstatus Wilayah Pembangunan Iskandar, yang memperoleh secara langsung daripada pemaju suatu bangunan atau sebahagian daripada suatu bangunan atau suatu petak dalam sesuatu bangunan, untuk tujuan kediaman atau perdagangan atau kedua-duanya, di dalam Nod Medini, daripada pembayaran cukai berkenaan dengan keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru atas pelupusan bangunan itu atau sebahagian daripada bangunan itu atau suatu petak dalam bangunan itu yang dibuat pada atau selepas 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2020.

(2)

Syarikat berstatus IDR yang disebut dalam subperenggan (1) ialah syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang menjalankan aktiviti yang layak, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual, di Nod Medini; dan

(c)

yang diluluskan oleh Menteri.

3

(3)

Pemaju yang disebut dalam subperenggan (1) ialah pemaju—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang memperoleh apa-apa hak ke atas sebahagian atau keseluruhan tanah untuk menjalankan pembangunan di Nod Medini mengikut pelan induk nod itu; dan

(c)

yang diluluskan oleh Menteri.

(4)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat berstatus IDR itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Section 2 — PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2018