Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PELANCONGAN (KADAR CUKAI) 2025

Seksyen 2

(1)

Kadar cukai pelancongan yang hendak dikenakan dan dilevikan atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan ditetapkan pada sepuluh ringgit setiap malam bagi setiap bilik dan pengenaan cukai pelancongan itu hendaklah mengikut seksyen 6 Akta.

(2)

Kadar cukai pelancongan yang hendak dikenakan dan dilevikan atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan platform digital ditetapkan pada sepuluh ringgit setiap malam bagi setiap bilik dan pengenaan cukai pelancongan itu hendaklah mengikut seksyen 20A Akta.

Dibuat 28 November 2025

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

P.U. (A) 423 3

Dipersetujui 4 Disember 2025

DATO SRI TIONG KING SING

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

[Akan dibentangkan di hadapan

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 8(3)

Akta Cukai Pelancongan 2017]

P.U. (A) 423 4

TOURISM TAX ACT 2017

TOURISM TAX (RATE OF TAX) ORDER 2025