Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PELANCONGAN (PENGECUALIAN) 2017

Seksyen 3

Pengendali yang berikut dikecualikan daripada memungut keseluruhan cukai pelancongan dan kehendak untuk mendaftar di bawah Bahagian IV Akta:

(a)

pengendali yang mengendalikan homestay di bawah Program Pengalaman

Homestay Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan, dan berdaftar dengan kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

(b)

pengendali yang mengendalikan kampungstay di bawah Program Visit My

Kampung: Kampungstay sebagaimana yang ditentukan oleh menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan, dan

P.U. (A) 240 3

berdaftar dengan kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

(c)

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau institusi pengajian tinggi swasta yang berdaftar di bawah

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] yang mengendalikan premis penginapan sebagai kemudahan bagi mana-mana orang bagi maksud pendidikan, latihan atau kebajikan;

(d)

majikan yang mengendalikan premis penginapan sebagai kemudahan bagi pekerjanya;

(e)

badan keagamaan atau kebajikan sebagaimana yang diluluskan oleh

Menteri, yang mengendalikan premis penginapan bagi maksud aktiviti keagamaan atau kebajikan dan bukan bagi maksud komersial dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia badan itu; dan

(f)

pengendali yang mengendalikan premis penginapan yang mempunyai empat bilik penginapan atau kurang.

Dibuat 21 Ogos 2017

[SULIT.KE.HF(152)860/01-Klt.2(32);Perb.R0.3865/356/1JLD.16(SK.5)A; PN(PU2)745]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 240 4

TOURISM TAX ACT 2017

TOURISM TAX (EXEMPTION) ORDER 2017