Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“aset teknologi hijau” ertinya suatu produk, kelengkapan atau sistem teknologi hijau yang digunakan untuk memulihara alam dan sumber semula jadi, untuk meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia;

“Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

“perbelanjaan modal yang layak” ertinya suatu perbelanjaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4;

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3.

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024