Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 3

Syarikat yang layak

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;

P.U. (A) 243 3

(b)

telah membuat suatu permohonan bagi penentusahan aset teknologi hijau secara bertulis kepada Malaysian Green Technology and Climate Change

Corporation dan permohonan itu diterima—

(i)

pada atau selepas 25 Oktober 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023; atau

(ii)

pada atau selepas 1

Januari 2022

tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023 bagi pembelian suatu aset teknologi hijau di bawah sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan;

(c)

telah membuat permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b)

dalam tempoh dua tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak telah dilakukan oleh syarikat itu berhubung dengan pembelian suatu aset teknologi hijau;

(d)

telah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Menteri berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b);

dan

(e)

telah mendapat suatu surat penentusahan aset teknologi hijau berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b).

Perbelanjaan modal yang layak

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024