/akn/my/act/pua/2024/243

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (A)
Status
In force
Enacted
2024
Sections
10

Quick answer

About this p.u. (a)

PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 243 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Cukai

Pendapatan

(Insentif Teknologi Hijau) (Aset) (Pengecualian) 2024.

Suggest a correction

(2)

Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 2013.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

Open as pageSuggest a correction

“aset teknologi hijau” ertinya suatu produk, kelengkapan atau sistem teknologi hijau yang digunakan untuk memulihara alam dan sumber semula jadi, untuk meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia;

“Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

“perbelanjaan modal yang layak” ertinya suatu perbelanjaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4;

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3.

Seksyen 3

Syarikat yang layak

Open as pageSuggest a correction

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;

P.U. (A) 243 3

Suggest a correction

(b)

telah membuat suatu permohonan bagi penentusahan aset teknologi hijau secara bertulis kepada Malaysian Green Technology and Climate Change

Corporation dan permohonan itu diterima—

Suggest a correction

(i)

pada atau selepas 25 Oktober 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023; atau

(ii)

pada atau selepas 1

Januari 2022

tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023 bagi pembelian suatu aset teknologi hijau di bawah sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

telah membuat permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b)

dalam tempoh dua tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak telah dilakukan oleh syarikat itu berhubung dengan pembelian suatu aset teknologi hijau;

Suggest a correction

(d)

telah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh

Menteri berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b);

dan

Suggest a correction

(e)

telah mendapat suatu surat penentusahan aset teknologi hijau berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b).

Perbelanjaan modal yang layak

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(1)

Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu perbelanjaan modal yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak berhubung dengan pembelian suatu aset teknologi hijau yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan perniagaannya.

Suggest a correction

(2)

Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)

tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas pembelian suatu aset teknologi hijau yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya

P.U. (A) 243 4

bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja perkeranian, bagi syarikat yang layak itu.

Pengecualian

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaannya, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu bagi pembelian suatu aset teknologi hijau dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Suggest a correction

(2)

Tarikh perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak hendaklah dalam tempoh mulai 25

Oktober 2013

hingga 31 Disember 2023.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Pendapatan berkanun

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

Suggest a correction

(2)

Jika suatu aset teknologi hijau yang digunakan bagi maksud menjalankan perniagaannya juga digunakan bagi maksud perniagaan lain selain perniagaan itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset teknologi hijau itu digunakan bagi maksud menjalankan perniagaannya.

P.U. (A) 243 5

Suggest a correction

(3)

Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan 5(1) hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.

Suggest a correction

(4)

Jika, oleh sebab sekatan pengecualian kepada tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun menurut subperenggan (3) atau ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun syarikat yang layak daripada perniagaan, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran itu, sekian banyak daripada amaun yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan bagi maksud subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah semua amaun yang syarikat yang layak itu berhak sedemikian dikecualikan.

Pelupusan aset teknologi hijau

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak atas pembelian suatu aset teknologi hijau yang digunakan bagi maksud perniagaannya dan aset teknologi hijau itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan aset teknologi hijau itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang aset teknologi hijau itu dilupuskan.

Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi aset teknologi hijau yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 8.

(1)

Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa aset teknologi hijau yang berkenaan dengannya suatu pengecualian dimohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.

P.U. (A) 243 6

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986

[Akta 327].

Menyenggara rekod berasingan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Syarikat yang layak hendaklah menyenggara suatu rekod yang berasingan bagi perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu bagi maksud pengecualian di bawah subperenggan 5(1).

Seksyen 10

Ketidakpakaian

Open as pageSuggest a correction

Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

(a)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta berkenaan dengan aset teknologi hijau yang sama;

(b)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986 kecuali bagi—

(i)

taraf perintis; atau

(ii)

elaun cukai pelaburan berkenaan dengan suatu aset yang tidak diberikan pengecualian di bawah Perintah ini;

(c)

telah diberikan suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b)

atau subseksyen 127(3A) Akta kecuali—

(i)

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 11) 2006

[P.U. (A) 112/2006];

P.U. (A) 243 7

(ii)

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2006

[P.U. (A) 113/2006] berkenaan dengan suatu aset yang tidak diberikan pengecualian di bawah Perintah ini;

(iii)

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 22) 2006

[P.U. (A) 207/2006] berkenaan dengan suatu pemberian selain pemberian yang diberikan bagi pembelian suatu aset teknologi hijau di bawah Perintah ini; atau

(iv)

Perintah Cukai Pendapatan (Insentif Teknologi Hijau) (Projek)

(Pengecualian) 2024 [P.U. (A) 244/2024] berkenaan dengan suatu aset teknologi hijau; atau

(d)

telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—

(i)

kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3

kepada Akta;

(ii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan

Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];

(iii)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan

Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014]; atau

(iv)

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan

Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020].

P.U. (A) 243 8

Dibuat 10 September 2024

[Perb.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-223; PN(PU2)80/JLD.112]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 243 9

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (GREEN TECHNOLOGY INCENTIVE) (ASSET)

(EXEMPTION) ORDER 2024

IN exercise of the powers conferred by paragraph 127(3)(b)

of the

Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following order:

Citation and commencement 1.

(1)

This order may be cited as the Income Tax (Green Technology

Incentive) (Asset) (Exemption) Order 2024.

(2)

This Order is deemed to have come into operation on 25 October 2013.

Interpretation 2.

In this Order—

“green technology asset” means a green technology product, equipment or system which is used to conserve the natural environment and resources, to minimize or reduce the negative impact of human activities;

“Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” means a company incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777];

“qualifying capital expenditure” means an expenditure as provided under paragraph 4;

“qualifying company” means a company as provided under paragraph 3.

Qualifying company 3.

A qualifying company referred to in this Order is a company which—

(a)

is incorporated under the Companies Act 2016 and resident in Malaysia;

P.U. (A) 243 10

(b)

has made an application for a verification of green technology asset in writing to the Malaysian Green Technology and Climate Change

Corporation and the application is received—

(i)

on or after 25 October 2013 but not later than 31 December 2023;

or

(ii)

on or after 1 January 2022 but not later than 31 December 2023

for the purchase of a green technology asset under the rainwater harvesting system;

(c)

has made the application referred to in subsubparagraph (b) within the period of two years from the date qualifying capital expenditure was incurred by the company in relation to the purchase of a green technology asset;

(d)

has complied with any condition imposed by the

Minister in relation to the application referred to in subsubparagraph (b); and

(e)

has obtained a verification letter for a green technology asset in relation to the application referred to in subsubparagraph (b).

Qualifying capital expenditure 4.

(1)

A qualifying capital expenditure referred to in this

Order is a capital expenditure incurred by a qualifying company in relation to a purchase of a green technology asset used in Malaysia solely for the purpose of carrying on its business.

(2)

The qualifying capital expenditure referred to in subparagraph (1)

shall not include capital expenditure incurred on the purchase of a green technology asset which is provided wholly or partly for the use of a director or an individual who is a member of the management or administration, or clerical staff, of that qualifying company.

P.U. (A) 243 11

Exemption 5.

(1)

The Minister exempts a qualifying company in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of the statutory income derived from its business, which is equivalent to the amount of qualifying capital expenditure incurred by the qualifying company for the purchase of a green technology asset in the basis period for that year of assessment.

(2)

The date of the qualifying capital expenditure incurred by the qualifying company shall be within the period from 25 October 2013

to 31 December 2023.

(3)

Nothing in subparagraph (1) shall absolve or is deemed to have absolved the qualifying company from complying with any requirement to submit any return or statement of account or to furnish any other information under the Act.

Statutory income 6.

(1)

Subject to subparagraph (2), the statutory income referred to in subparagraph 5(1) in the basis period for each year of assessment shall be determined after deducting the allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act notwithstanding that no claim for such allowances has been made.

(2)

Where a green technology asset is used for the purpose of carrying on its business is also used for the purposes of other businesses other than the business, then the amount of allowances which falls to be made under Schedule 3 to the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the green technology asset is used for the purpose of carrying on its business.

(3)

The amount of statutory income so exempt referred to in subparagraph 5(1) shall not exceed seventy per cent for each year of assessment.

(4)

Where, by reason of the restriction of the exemption to seventy per cent of the statutory income pursuant to subparagraph (3) or of the absence or insufficiency of the statutory income of the qualifying company from the business, exemption cannot

P.U. (A) 243 12

be granted or cannot be granted in full as the qualifying company is entitled under subparagraph 5(1) for that year of assessment, so much of the amount as cannot be exempt for that year of assessment shall be deemed to be a qualifying capital expenditure incurred for the purposes of subparagraph 5(1) for the first subsequent year of assessment and so on for subsequent years of assessment until such amount to which the qualifying company is so entitled is exempted.

Disposal of green technology asset 7.

Where a qualifying capital expenditure is incurred by a qualifying company on a purchase of a green technology asset that is used for the purposes of its business and such green technology asset is disposed of at any time within the period of five years from the date of acquisition of the green technology asset, the exemption granted in respect of the amount of statutory income which is equal to the amount of such qualifying capital expenditure shall be withdrawn in the basis period for the year of assessment in which the green technology asset is disposed of.

Determination of qualifying capital expenditure for green technology asset disposed to related company 8.

(1)

Where the qualifying company disposes to its related company any green technology asset in respect of which an exemption is applied by the qualifying company under this Order, the amount of the qualifying capital expenditure incurred by the related company shall be deemed to be a sum equal to zero.

(2)

For the purposes of subparagraph (1), “related company” has the meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Promotion of Investments Act 1986

[Act 327].

Maintaining separate records 9.

The qualifying company shall maintain a separate record for qualifying capital expenditure which the qualifying company incurred for the purposes of exemption under subparagraph 5(1).

P.U. (A) 243 13

Non-application 10.

This Order shall not apply to a qualifying company which in the basis period for a year of assessment—

(a)

has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A to the Act or investment allowance for service sector under Schedule 7B to the Act in respect of the same green technology asset;

(b)

has been granted any incentive under the Promotion of Investments

Act 1986 except for—

(i)

pioneer status; or

(ii)

investment tax allowance in respect of an asset which has not been granted exemption under this Order;

(c)

has been granted an exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act except—

(i)

the

Income

Tax

(Exemption)

11)

Order 2006

[P.U. (A) 112/2006];

(ii)

the

Income

Tax

(Exemption)

12)

Order 2006

[P.U. (A) 113/2006] in respect of an asset which has not been granted exemption under this Order;

(iii)

the

Income

Tax

(Exemption)

22)

Order 2006

[P.U. (A) 207/2006] in respect of a grant other than the grant given for the purchase of a green technology asset under this Order; or

(iv)

the

Income

Tax

(Green

Technology

Incentive)

(Project)

(Exemption) Order 2024 [P.U. (A) 244/2024] in respect of a green technology asset; or

P.U. (A) 243 14

(d)

has made a claim for a deduction under any rules made under section 154

of the Act except—

(i)

the rules in relation to allowance under Schedule 3 to the Act;

(ii)

the Income Tax (Deduction for Audit Expenditure) Rules 2006

[P.U. (A) 129/2006];

(iii)

the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial

Fee and Tax Filing Fee) Rules 2014 [P.U. (A) 336/2014]; or

(iv)

the Income Tax (Deduction for Expenses in relation to Secretarial

Fee and Tax Filing Fee) Rules 2020 [P.U. (A) 162/2020].

Made 10 September 2024

[Perb.MOF.TAX(S)700-2/7/756; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-223; PN(PU2)80/JLD.112]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Finance Minister II

[To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]

Common questions

What is PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024?
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 243 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 still in force?
Yes — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 is currently in force.
When did PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 take effect?
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 have?
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 contains 9 sections.
Where can I read the official version of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024?
The official text of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 is published at lom.agc.gov.my.
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024 (No. 243)