Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (ASET) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaannya, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu bagi pembelian suatu aset teknologi hijau dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Tarikh perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak hendaklah dalam tempoh mulai 25
Oktober 2013
hingga 31 Disember 2023.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Pendapatan berkanun