Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
“perbelanjaan yang layak” ertinya suatu perbelanjaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4;
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3.