Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 3

Syarikat yang layak

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;

P.U. (A) 245 3

(b)

telah membuat suatu permohonan kelulusan bahawa syarikat itu adalah suatu syarikat yang melakukan perbelanjaan yang layak secara bertulis kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan itu diterima pada atau selepas 1 Januari 2020

tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023 selepas memperoleh suatu Perakuan Bangunan Hijau Sementara;

(c)

telah mendapat suatu surat kelulusan berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b); dan

(d)

telah memohon penentuan suatu tarikh permulaan tempoh pengecualian daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh surat kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan (c) atau apa-apa tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh

Menteri, setelah mendapat surat kelulusan itu.

Perbelanjaan yang layak

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024