Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (BANGUNAN HIJAU) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaannya, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah bagi suatu tempoh pengecualian selama tiga tahun berturut-turut bermula dari tarikh perbelanjaan yang layak yang pertama dilakukan oleh syarikat yang layak itu.
(3)
Perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disifatkan telah dilakukan pada hari Perakuan Bangunan Hijau Muktamad dikeluarkan oleh alat penarafan bangunan hijau yang relevan yang diiktiraf oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.
(4)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri dan pematuhan syarat itu hendaklah ditentusahkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Pendapatan berkanun