Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3;
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“Pihak
Berkuasa
Pembangunan
Tenaga
Lestari
Malaysia”
ertinya
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia yang ditubuhkan di bawah
Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726];
“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4;
P.U. (A) 247 3
“tahun taksiran yang dikecualikan”
ertinya suatu tempoh tahun taksiran yang dikecualikan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsubperenggan 5(2)(a) atau (b).