Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanunnya yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi suatu tempoh tahun taksiran yang dikecualikan seperti yang berikut:
(a)
berhubung dengan suatu syarikat yang layak yang mempunyai kapasiti terpasang yang melebihi tiga megawatt dan tidak melebihi sepuluh megawatt, lima tahun taksiran berturut-turut; atau
(b)
berhubung dengan suatu syarikat yang layak yang mempunyai kapasiti terpasang yang melebihi sepuluh megawatt dan tidak melebihi tiga puluh megawatt, sepuluh tahun taksiran berturut-turut.
(3)
Tahun taksiran yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan (2)
hendaklah bermula dari tahun taksiran yang tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak itu dikeluarkan oleh syarikat yang layak itu sebagaimana yang ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh permohonan di bawah subsubperenggan 4(e)
diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
P.U. (A) 247 5
(4)
Syarikat yang layak hendaklah memohon penentuan suatu tarikh permulaan tempoh pengecualian daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh surat kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan 4(f) itu diberikan.
(5)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarikat yang layak itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk syarat seperti yang berikut:
(a)
mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pekerja tetap sepenuh masa di Malaysia yang hendaklah termasuk dua orang pekerja kompeten dalam teknologi hijau bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
(b)
melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan di Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang layak dan perbelanjaan operasi tahunan itu hendaklah termasuk perkhidmatan tempatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan tempatan.
(6)
Jika suatu syarikat yang layak telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1), mana-mana syarikat berkaitan kepada syarikat yang layak itu tidak layak untuk diberikan suatu pengecualian di bawah Perintah ini.
(7)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
P.U. (A) 247 6
(8)
Bagi maksud perenggan ini—
“pekerja kompeten” ertinya orang yang—
(a)
berdaftar dengan suatu badan profesional atau agensi kelayakan yang berkaitan;
(b)
diperakukan mata Pembangunan Profesional Berterusan oleh badan profesional atau agensi kelayakan yang berkaitan; atau
(c)
beramal secara aktif dalam bidang yang berkaitan;
“penyedia perkhidmatan tempatan” ertinya orang yang bermastautin di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan termasuk perkhidmatan berhubung dengan insurans, perundangan, perbankan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan pengangkutan.
Pendapatan harta intelek tidak diambil kira