Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PAJAKAN SISTEM FOTOVOLTA SURIA) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 6

(1)

Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1), pendapatan harta intelek yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak oleh syarikat yang layak itu hendaklah tidak diambil kira.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)—

(a)

suatu syarikat yang layak memiliki hak harta intelek jika syarikat yang layak itu adalah pemilik atau pemegang lesen hak itu; dan

(b)

royalti dan pendapatan lain adalah diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak itu.

P.U. (A) 247 7

(3)

Apa-apa pendapatan harta intelek yang disebut dalam subperenggan (1)

adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.

(4)

Dalam perenggan ini, “hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh berdaftar.

Pendapatan berkanun