Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PERKHIDMATAN) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 3
Syarikat yang layak
(1)
Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;
(b)
telah membuat suatu permohonan kelulusan bahawa syarikat itu menjalankan suatu aktiviti yang layak secara bertulis kepada
Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan itu diterima—
(i)
pada atau selepas 1 Januari 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023; dan
(ii)
sebelum syarikat itu mengeluarkan invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layaknya; dan
(c)
telah mendapat suatu surat kelulusan berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b).
(2)
Bagi maksud Perintah ini, “aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual berhubung dengan sektor sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual.
Pengecualian