Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PERKHIDMATAN) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 6

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Jika suatu aset yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu.

(3)

Amaun pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1)

hendaklah dikurangkan dengan—

(a)

kerugian larasan tahun semasa daripada suatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986, atau daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

apa-apa kerugian larasan tidak diserap atau kerugian larasan tahun semasa daripada perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan daripada aktiviti yang layak yang dikecualikan di bawah Perintah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.

P.U. (A) 246 8

(4)

Sebanyak mana kerugian larasan yang disebut dalam subsubperenggan (3)(a) dan (b) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun bagi aktiviti yang layak untuk suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dan seksyen 21A

Akta

Penggalakan

Pelaburan 1986, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam menentukan pendapatan suatu perniagaan selain perniagaan perintis atau perniagaan-perniagaan perintis dan aktiviti yang layak di bawah Perintah ini.

(5)

Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa amaun kerugian larasan tidak diserap dan kerugian larasan tahun semasa daripada aktiviti yang layak yang tidak digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun semasa tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 4(2), hendaklah sedia untuk mengurangkan jumlah pendapatan syarikat yang layak mengikut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berikutan berakhirnya tempoh pengecualian dan mana-mana tahun taksiran berikutnya.

Penarikan balik pengecualian

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PERKHIDMATAN) (PENGECUALIAN) 2024