Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 3
Syarikat yang layak
(1)
Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;
(b)
telah membuat suatu permohonan kelulusan bahawa syarikat itu menjalankan suatu aktiviti yang layak secara bertulis kepada
Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan permohonan itu diterima pada atau selepas 1 Januari 2020
tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2023;
(c)
tidak membuat apa-apa perbelanjaan modal yang layak lebih awal dari tarikh permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b) dikemukakan;
(d)
telah mendapat suatu surat kelulusan berhubung dengan permohonan yang disebut dalam subsubperenggan (b); dan
(e)
telah memohon penentuan suatu tarikh permulaan tempoh pengecualian daripada Malaysian Green Technology and Climate
Change Corporation dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual setelah mendapat surat kelulusan yang disebut dalam subsubperenggan (d).
(2)
Bagi maksud Perintah ini, “aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual berhubung dengan sektor sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual.
P.U. (A) 244 4
Perbelanjaan modal yang layak