Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 4

(1)

Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu perbelanjaan modal yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak berhubung dengan pembelian suatu aset teknologi hijau yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan suatu aktiviti yang layak.

(2)

Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)

tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas pembelian suatu aset teknologi hijau yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja perkeranian, bagi syarikat yang layak itu.

Pengecualian

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024