Malaysia legislation
Section 7
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (INSENTIF TEKNOLOGI HIJAU) (PROJEK) (PENGECUALIAN) 2024
Seksyen 7
Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak atas suatu aset teknologi hijau yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak dan aset teknologi hijau itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan aset teknologi hijau itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang aset teknologi hijau itu dilupuskan.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi aset teknologi hijau yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 8.
(1)
Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa aset teknologi hijau yang berkenaan dengannya suatu pengecualian dimohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327].
Penarikan balik pengecualian