Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini
“dilakukan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam perenggan 46 dan 55 Jadual 3 Akta;
“kemudahan jagaan kesihatan swasta” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
“kemudahan jagaan kesihatan swasta baru” ertinya suatu establismen kemudahan jagaan kesihatan swasta diluluskan yang dijalankan oleh suatu syarikat yang layak;
“Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
P.U. (A) 22 3
“Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia” ertinya suatu majlis yang ditubuhkan di bawah
Kementerian
Kesihatan
Malaysia bagi maksud membangunkan dan mempromosikan industri pelancongan kesihatan di Malaysia;
“pelancong kesihatan” ertinya
(a)
seorang bukan warganegara Malaysia yang menyertai program Malaysia
My Second Home;
(b)
seorang pegawai dagang bukan warganegara Malaysia yang memegang permit kerja Malaysia dan tanggungannya; atau
(c)
seorang bukan warganegara Malaysia yang melawat dan menerima kemudahan jagaan kesihatan swasta di Malaysia;
“perbelanjaan modal yang layak” ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak atas suatu aset yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud projek yang layak
(a)
berhubung dengan bangunan, kos pembelian atau pembinaan bangunan baru yang mengikut piawaian dan bangunan itu –
(i)
telah dilesenkan dengan Kementerian Kesihatan; dan
(ii)
telah didaftarkan dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia;
dan
(b)
berhubung dengan loji dan jentera, peralatan perubatan atau kemudahan lain yang digunakan bagi maksud projek yang layak itu hendaklah ditentusahkan oleh Kementerian Kesihatan dan diluluskan oleh Menteri:
Dengan syarat bahawa perbelanjaan modal yang layak itu tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas bangunan yang digunakan sebagai tempat
P.U. (A) 22 4
kediaman yang disediakan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang menjadi anggota pihak pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja, syarikat yang layak;
“projek pembesaran, pemodenan atau pembaharuan” ertinya suatu projek yang dijalankan oleh suatu syarikat yang layak dalam membesarkan, memodenkan atau membaharui perniagaan kemudahan jagaan kesihatan swastanya sedia ada, termasuklah perkhidmatan infrastruktur dan fungsian, dan perniagaan itu
(a)
tidak pernah diberikan apa-apa pengecualian di bawah Perintah ini; dan
(b)
melibatkan pelaburan baru;
“projek yang layak ” ertinya
(a)
mana-mana perniagaan kemudahan jagaan kesihatan swasta baru; atau
(b)
mana-mana projek bagi pembesaran, pemodenan atau pembaharuan perniagaan kemudahan jagaan kesihatan swasta yang sedia ada, yang diluluskan oleh
Kementerian
Kesihatan dan ditentusahkan oleh
Majlis
Pelancongan Kesihatan Malaysia; dan
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat yang
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
(b)
bermastautin di Malaysia; dan
(c)
melaksanakan projek yang layak.
Pemakaian